Kelas law, setiap pagi Isnin dan Rabu.
Lecturer dari Bangladesh, seorang Doctor ya. Tapi English nya, aduhh..Sukar sungguh untuk blu fahamkan. Mungkin kerana beliau juga faham kesukaran anak-anak muridnya, maka setiap apa yang diucapkan, akan ditulis di papan putih. Lalu, kelas yang sepatutnya banyak interaksi menjadi bisu, dan hanya kuisan pen dan marker yang kedengaran. Buat blu mengantuk hampir setiap pagi.. Bukan tidak minat, tapi tidak mampu berterusan begini, kerana ada baiknya kalau buku itu dibaca sendiri sahaja. Bukanlah blu menidakkan lecturer tersebut kerana asalnya atau diskriminasi bangsa atau apa sahaja, tapi kemampuan berbahasa yang difahami itu sangat2 penting. Mengapa sebutannya berlainan benar dengan bahasa yang sering kedengaran di radio atau televisyen? Mengapa beliau tidak mencuba untuk berbicara secara standard orang di sini jika sesungguhnya dia ingin mencurahkan bakti di sini? Pihak universiti sendiri sepatutnya mengambil berat hal ini, kerana bagi blu, tahap doktor falsafah yang dipegang itu bukan kayu pengukur pensyarah itu adalah yang terbaik. Berkejar-kejaran mereka mencari lecturer berpelajaran tingkat tertinggi, namun yang sebaiknya diperlukan oleh pelajar adalah lecturer yang memahami dan berupaya berkomunikasi dan berinteraksi bersama kami dengan baik.
ohh.. masih ada dua bulan lebih untuk bersama dengan lecturer ini. Mentos, air dan minyak angin barang wajib dibawa setiap hari!!
Sunday, February 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

hehe..itula..nk faham dia ckp tu susah kan..maybe sbb UIA ni intrnational unvrsity..so, dia amek lec pun dari serata dunia la kot..sabau je la blu..hehe
ReplyDeletehehe...habis tu camne belajar?
ReplyDeletelaw ni mesti kena terer bi
both, lecturer ngan student
kan kan...
ngehngehngeh..
ReplyDeleteblu hentam bace buku teks larr...
hohoho.
lagi satu, pinjam notes kelas lagi satu..
kelakar, kan? blaja MALAYSIAN law dgn bangladeshi....
boleh jadi haru kalau begitu ceritanya. seperti ayam bercerita dengan itik aja.
ReplyDelete