Sunday, March 1, 2009

wahwah..
rindunye nak menulis..
bukan ape, lappy bagi ain pinjam, setelkan semua assignment2 die..
kesimpulannye, minggu lepas tak banyak benda yg significant berlaku.
cume, awal minggu ade sakit tangan sket, kebas2, lenguh2. 2 hari takde perubahan, jadi pergila klinik.. jumpe Dr Soep- Dr baru kat klinik tu. rase mcm familiar name nie, tapi tak brape igt kat mane. die sahkan tangan blu kene CPT :(( carpal tunnel syndrom. iskk.. rasenye, takdela addicted sgt online berjam2 setiap hari. masa2 terluang je duduk depan laptop nie. dah nak jadi, nak kate ape, kan.. so, dpt la painkiller-synflex. hehe. tapi the best painkiller blu rase, adalah arcoxia. org kate, memang mahal sikit pon.

ni sebenarnye, baru blk dari selayang mall. saje berjalan-jalan. dah jadi hobi, keluar gi shopping complex mase hujung minggu. takde ape nak cari. pastikan duit susah nak capai, baru tenang berjalan. kalau tak, mcm2 benda nak beli. huhu..
tadi, ade pertandingan menyanyi. tak tau lah anjuran siapa, untuk ape dan sebagainye. tak berminat nak ambil tahu. sebab, sangat2 lah kecewa.. bukan sebab sakit telinga dan sakit mata, tapi lebih kepada sakit hati.. pertandingan begini tumbuh bagai cendawan. untuk apa? untuk apa dan untuk apa?? satu fenomena baru bile muda-mudi menganggap kerjaya menjadi artis jalan paling mudah untuk kejayaan hidup. tersangatlah rugi utk diri sendiri dan negara, bila berjuta dicurahkan kearah pembinaan modal insan dan pendidikan dari sekecil-kecil anak sehinggala ke peringkat tertinggi. aduhai... itu tak dikirakan lagi impak fenomena begini terhadap masa depan anak bangsa. sedihhh!!

Sunday, February 22, 2009

#pendedahan-manusia ke bulan

Cosmonout, Astronout dan Coconout
Hishamuddin Rais

Saya masih di Tokyo. Hari ini 23 Oktober 2007, akhbar Japan Times telah melaporkan satu berita di muka 4 – First Malaysian in space back home with a bump – pulang kepala bengkak. Ini mungkin kerana semasa Soyuz mendarat berlaku sedikit kesilapan teknikal. Dalam berita yang sama dinyatakan juga bagaimana Malaysia membayar 23 juta dolar ‘duit tambang’ untuk menaiki Soyuz.

Juga dilaporkan kembali – ya beda bedoo - bagaimana coconout opps… angkasawan Malaysia dapat menumpang Soyuz kerana Najib Razak yang tidak ada bersangkutan apa-apa dengan Altantuya atau Ziana Zain telah bersetuju membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003 dahulu dengan harga 900 juta dolar. (Jangan tuduh saya tidak patriotik – ini laporan dari akhbar Jepun).

Apa yang hendak saya tulis di sini bukan tentang terbunuhnya gadis dari Mongolia atau kenapa 6 orang pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan diberhentikan kerja. Ini kisah lama, kisah yang telah saya baca dari Laman Mahazalim – laman fitnah dan tohmah yang sudah lama gulung tikar.

Apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah satu persoalan yang semakin sarat mencari jawapan: Apakah betul manusia telah sampai ke bulan? Apakah kita semua telah dikelentong oleh NASA?

(Saya menggunakan perkataan kelentong. Maaf kerana menggunakan perkataan ini. Ada pakar bahasa telah menghantar pesanan ringkas kepada saya dan menerangkan asal-usul perkataan kelentong ialah dari dua perkataan - Keling dan tong. Ini kerana awal dahulu ada orang Keling yang membeli botol dan tin kosong sebagai punca mata pencarian. Saya tidak tahu bagaimana dua perkataan ini dikahwinkan dan diberi makna yang baru. Seharusnya hamba Allah ini dinobatkan sebagai contoh insan kamil yang menjadi pemula konsep kitar semula.)

Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari pasukan Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.

Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.

Pada 4hb Oktober 1957 Republik Soviet Sosialis (USSR) telah berjaya melancarkan roket Sputnik ke angkasa lepas. Amerika menjadi gempar kerana mereka kelihatan jauh ketinggalan dalam ilmu pelancaran roket ke angkasa lepas. Ini diikuti pula dengan satu lagi kejayaan USSR meroketkan Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Yuri Gagarin adalah manusia pertama – insan sosialis - naik ke angkasa lepas.

Ketika Sputnik dan Yuri Gagari di angkasa lepas Perang Dingin sedang berlaku. Pertembungan Amerika Syarikat dan USSR cukup sengit. Perang Dingin ialah perang di mana dua sistem ekonomi – kapitalis dan sosialis – sedang bersaing hebat untuk membuktikan kekuatan masing-masing dan mencari pengaruh.

Sebagai jawapan, kekasih Marilyn Monreo, Presiden Kennedy telah mengeluarkan satu arahan kepada NASA dalam ucapannya kepada kedua-dua parti ahli-ahli Kongres pada 25hb May 1961. Kekasih Marilyn Monreo ini telah mengarahkan NASA untuk menghantar angkasawan Amerika ke bulan dan pulang ke dunia dalam masa satu dekad. Belanjawan sebanyak 40 bilion dolar telah diperuntukkan kepada projek – Moon Landing.

Pada 16 Julai 1969 Apollo 11 telah dilancarkan untuk menghantar 3 orang angkasawan Amerika ke bulan. Saya masih ingat lagi, empat hari kemudian pada petang 20 Julai 1969 saya telah ‘mencuri’ masuk ke rumah Chief Clerk, Malay College Kuala Kangsar untuk menonton TV hitam putih agar dapat melihat Neil Armstrong, Michael Collins dan Edward Aldrin Jr. menjejakkan kaki ke bulan. Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat detik bersejarah ini lari dari pandangan mata dan ingatan saya.

Pada petang itu saya dan mungkin juga seluruh warga dunia cukup kagum melihat teknologi Amerika. Saya tidak memiliki apa-apa syak wasangka terhadap projek Apollo. Saya juga belum lagi memahami apa itu Perang Dingin dan apa itu propaganda dan perang saraf.

Ini berlaku pada tahun 1969, hari ini pada tahun 2007, saya agak was-was dan semakin kurang yakin tentang apa yang saya lihat petang itu. Saya masih ingat lagi gambar-gambar kabur hitam putih pada ketika Neil Armstrong menjejakkan kakinya ke bulan. Hari ini dari apa yang telah saya baca dan ulang tonton ‘footage’ bersejarah ini sengaja di kaburkan oleh NASA kerana semua ini berlaku bukan di bulan tapi dalam studio di Area 51.

Area 51 adalah sebuah kawasan sulit di kawasan tandus Nevada Amerika di mana segala bentuk ‘kerja-kerja sulit penyelidikan’ tentera Amerika sedang dijalankan. Ini kawasan rahsia dan larangan. Sesiapa yang cuba menerbus masuk atau mengintip akan mati katak tanpa soal siasat.

Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temubual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.

Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari dicemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.

Hari ini, jika kita meng”google” tentang Apollo 11, maka kita akan dapat melihat video/gambar/imej tentang sejarah manusia naik ke bulan. Apa yang memeranjatkan saya ialah ada klip filem yang menunjukkan bagaimana bendera Amerika yang dicacakkan di atas bulan kelihatan berkibar-kibar. Bendera tidak mungkin berkibar kerana di bulan tiada udara. Lalu persoalan timbul - kenapa bendera berkibar-kibar? Apakah Apollo 11 itu dilakukan dalam studio di Area 51?

Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?

Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan memelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.

Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.

Kita tidak perlu belajar di sekolah filem Universiti of Westminster untuk memahami bagaimana banyak pencahayaan filem dan gambar-gambar dari Angkasawan Apollo ini bukan hanya dari satu sumber – matahari. Gambar-gambar ini telah mendapat cahaya dari pelbagai sumber seperti kita membuat filem. Ini membuktikan naik ke bulan itu telah dirakamkan dalam studio.

Bill Kaysing yang pernah menjadi ketua pengarah bahagian penerbitan/penganalisis syarikat Rocketdyne pembuat roket Saturn V yang menaikkan angkasawan ke bulan tidak pernah percaya dari awal lagi bahawa manusia telah sampai ke bulan dengan Apollo 11. Menurut Kaysing selama 7 hari Apollo telah mengelilingi dunia dan pada hari kelapan mereka telah turun kembali ke bumi untuk disambut hebat.

Menurut Kaysing, pada ketika itu Amerika tidak memiliki teknologi untuk menghantar manusia naik ke bulan dan pulang dengan selamat. Satu perkara yang ditunjukkan oleh Kaysing ialah gambar anak roket yang telah berlabuh di bulan, ketika malam. Latar belakangnya ialah alam yang gelap gelita tanpa satu pun kerlipan bintang. Bintang yang seharunya bertaburan seperti kita melihat langit di waktu malam.

Semua gambar-gambar yang dikaji selidiki ini adalah gambar-gambar rasmi kerajaan Amerika dan gambar-gambar dalam laman-laman rasmi NASA sendiri. Justeru tidak timbul kes sama ada ini pita rakaman Lingam atau pita rakaman Fairuz.

Tulisan saya bukan untuk membuktikan bahawa coconout opps.... angkasawan kita tidak naik ke angkasa lepas. Memang Soyuz naik ke angkasa lepas. Tetapi apabila coconout ...opps... angkasawan kita dinaikkan kerana telah ada agenda tersuruk, sama seperti agenda Perang Dingin NASA yang berjaya mengelentong rakyat dunia dengan Apollo 11 naik ke bulan.

Rakyat Malaysia TIDAK diberitahu (nasib baik saya baca akhbar Jepun) bahawa rakyat Malaysia telah membayar tiket untuk naik Soyuz ke angkasa. Untuk tujuan apa? Ini samalah seperti naik Proton Saga ke Kutub Utara atau pergi mendaki gunung apa namanya....saya dah lupa. Semuanya adalah kelentong besar untuk agenda politik.

Semuanya kelentong ini TIDAK ada sangkut-paut dengan keilmuan sains jauh lagi dalam bidang teknologi. Teknologi kepala bana apa? Kita hanya membeli tiket untuk naik Soyuz. Ini samalah macam naik Bas Mini dan kemudian dalam bas ini kita buat panggilan telefon ke rumah. Bas buatan Jepun. Telefon bimbit buatan Sweden. Kutu berahak penyelidikan apa? Tidak percaya apa yang saya tulis sila saman akhbar Jepun.

Duit tiket 25 juta dolar dan 900 juta dolar itu beli jet pejuang ini mungkin termasuk atau tidak termasuk duit upah kangkang opps... upah si penterjemah Altantuya, hal ini saya tidak arif. Tetapi saya sedar jika duit ini tidak digunakan untuk membazir membeli jet pejuang pasti boleh digunakan untuk membangunkan bilik-bilik makmal yang lengkap dan canggih untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.

#Panas Baran

Panas baran @ `kepala angin' @ `naik hantu' yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof:-
Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?

Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?

Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?

Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.

Apakah yang mendorong sifat panas baran?

Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Kesan buruk panas baran?

Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?

Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.

Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?

Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.

Punca Panas Baran

# Perilaku agresif # Gejala sosial # Emosi # Masalah kewangan/ keluarga # Ego # Tekanan perasaan # Faktor didikan # Bebanan kerja # Faktor persekitaran

10 Risiko Individu Panas Baran

# Dipulaukan masyarakat sekeliling # Jiwa kosong (murung) # Hilang pekerjaan/jawatan # Perceraian # Kemalangan # Pergaduhan # Kesalahan jenayah # Melakukan penderaan # Tekanan perasaan # Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)

Alkisah panas baran...

Cerita 1:

WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta 'paranoia' - sejenis gangguan mental yang dialaminya.

Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis.

Cerita 2:

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya.

Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat.

Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi 'saya ceraikan awak' kepada isterinya, di rumah mereka.

Senyumlah...

PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.

Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.

Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi.

Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri.

Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, i-Kon memberikan tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.

# Ikuti latihan dan kegiatan sukan

Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.

# Meningkatkan kekerapan bersenam

Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.

# Ubah gizi (diet) pemakanan

Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.

# Kurangkan minum alkohol

Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.

# Minum satu cawan kopi

Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.

# Berhenti merokok

Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.

# Berfikiran positif

Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.

Saturday, February 21, 2009

di kedai kasut

semalam, di the curve, ain sempat merembat kasut high heels 5inci nye yg pertama. cantik, warna putih. 30% pulak tu. ade gambarnya, nanti blu post kan. kalau fikir tak sayang lutut, memang blu nak juga yg warna beige. huhu.
alkisahnya, bukanlah mengenai kasut yg cantik tersebut. tapi lebih kepada cerita2 yg dikongsikan oleh promoter kedai tersebut yg sangat peramah. walaupun berbangsa India, tapi bahasa Melayu dan English nya fasih dan sedap didengar. mungkin sudah banyak bercampur gaul dengan masyarakat setempat..
kisahnya, kakak tersebut telah menggelar ain 'matang'. menjurus la ke arah style ain berpakaian, make up, etc..walhal, masih student lagi. maka, ain pun jadi segan2. tapi, kakak tu kate, takpe, bersesuaian pulak dgn umur yg dah mencecah 23tahun.. tersenyum2 sumbinglah kami di situ. syahdan, kakak tersebut membuka cerita, salah seorang pelanggan setianya.. berpakaian up to date-menampakkan lurah dada, skirt sesingkat paha, berhias berdandan, rambut sudah bertukar warna.. maka, kakak pun bertanya,
" kerja di mana, ya?"
"eh, saya baru form 5 la kakak"

-blu tepuk dahi mase tu jugak. aduhai.. dalam hati, tuhan aja yg tau. tak sampai the best part lagi.

"ohh.. tak habis belajar lagi.. eh, takpeke pegi sekolah, dye rambut?"
"ala kak, pegi skolah kan kene pakai tudung, baju kurung. takde masalah pon!"

adedeyhh.. sesak dada satu. malu lagi2 lah. tebal sgt muka blu rasanya mase tu. ye la, kalau dah perempuan berbangsa India pon dah classified kan yg budak tu berpakaian seksi, mana letaknya maruah dia sebagai gadis beragama Islam? aduhai... sedihnya. hal aurat dipermainkan.. kalau kita sendiri tak jaga, apatah lagi orang luar-lagilah senang kita diperkotak-katikkan.. iskk..sedih, sedih...

21.2.09

harini ade exam DS.
pagi tadi, agak kelam-kabut sbb teksi yang janji2 kelmarin tak sampai pada masa yg dijanjikan. nasib baik ada satu teksi yg datang awal, sebab orang lain booking. memang sgt laju la pemandu teksi tersebut. bersyukur jugak sebab traffic berjalan lancar. alhamdulillah, sampai jugak bilik sebelum pukul 8.
semalaman dgn tok, wan, long dan pak... tak banyak yg dibualkan. kebanyakannya, masih lagi berkisar tentang cerita arwah mak yg tak pernah lapuk... tentang ayah, tentang adik. oh. adik yg seorang tu tak tidur sekali-alasannya, ada kelas. kelas pukul 1. memang terbaik, kan?
kesihatan masing2, alhamdulillah, tidak begitu berubah, kecuali wan yang sudah bertongkat sekarang. kesan dari kejadian tahun 1997, yg tak akan dilupakan dalam keluarga...
satu lagi perkara yg acapkali diutarakan-fizikalku yg semakin 'mengembang'. hmm. siapala yg tak kecil hati. apakan daya mereka tak faham. bukan kehendakku bersaiz begini.
panjang pulak blu bercerita pasal semalam, ya..

Paper midterm Decision Science sepatutnya mula pukul 10, tapi, teranjak sehingga pukul 10.30. bolehlah dijawab, cuma betul atau salahnya, hehe, tengoklah keputusannya nanti..yg peliknya, blu agak tenang. ketenangan yg mengasyikkan. pelik, sungguh pelik, sebab subjek mengira bukanlah subjek pilihan blu.
keluar dewan hampir pukul satu. berlegar-legar di kawasan tangga besar, mencari-cari teman utk 'berpeleseran' :P kesudahannya, yg dicari tak dapat, tapi ain yg sgt sibuk dgn assignment pulak yg ajak blu keluar.huhu.
menuju ke the curve, lebih kurang pukul 2, pertama kali berdua.. tanpa ada plan, tapi pertama sekali, perut yg berbunyi minta2 diisi. oleh sebab ain pilot yg amat arif pasal the curve ni, blu jadi seperti lembu yg dicucuk hidung, mengikut saja ke mana yg ain bawa. tempat yg pertama, mencari karipap, hot dog dan meatball di ikea! boleh tahan.. sebenarnye, sudah beberapa kali ain hebohkan pada blu sedapnya ketiga-tiga hidangan sebelum ni. jadi, bolehla blu katakan berpuas hati- ada blu tangkapkan gambarnya, tapi kabel handphone tertinggal pula di rumah. iskk..
selepas itu, window shopping! blu berangan ingin cuba2 ber'make up. tapi, aduh, ingin cantik pun perlu berbelanja besar.. tak jadi lagi... apa yg blu tengok2 tadi, maskara dan blusher. nantilah, bukan keperluan lagi-pujuk hatiku........
hayunan langkah kaki diteruskan lagi. tiba-tiba sahaja ( tiba2 ke? :P ) sudah berada dalam kawasan Cathay Cineplex.
ain- Upin Ipin, 3 hari tayangan sudah 2.3juta kutipannya! nak tengoklah!!
blu- tak kisah... :)
wayang 5.30 dah penuh! merah-sold out!
tapi ain cubakan juga, mencuba nasib. seperti tak percaya ya, full house utk cerita animasi Melayu.huuu.. ada juga tempat duduk, bagus juga tempatnya, tapi terpaksa pula duduk asing2. kerana mengejarkan kesempatan waktu Maghrib, jadi, kami redahkan saja menonton bersama tapi tempat duduk berbeza. lucu sungguh!
Animasi Upin dan Ipin, tidak sekalipun pernah blu tonton di TV9. Tapi, blu agak tertarik dgn iklan2 movie'nya. kesimpulannya, terasa berbaloi juga tiket rm10! janganlah dibandingkan dengan keluaran Disney, Dreamworks, Pixar dan sebagainya, tapi, bolehlah dibanggakan sebagai satu permulaan.
Hampir pukul 9 lebih baru kami bergerak meninggalkan the Curve. seperti tak percaya dah menghabiskan banyak masa di situ, tapi masih rasa tak puas! dalam perjalanan balik, ain menyeru blu utk berdiet, tak makan malam. lalu tertutuplah nafsu makan blu malam ni, tapi tiba-tiba ain melencong pula ke kubur sebab terasa nak makan kueytiow kungfu sedap. aduhh..terkeliru sungguh mindaku......
di kubur, nasi goreng daging lada hitam dan jus jambu menjadi pilihan blu. bolehlah.. tapi tak cukup berpadanan la dgn harganya.. sempat la jugak menonton perlawanan Aston Villa yg tumpas pada Chelsea. Man U bertemu Blackburn kalau tak silap blu, pukul 1.30 ni. tak mampulah nak tengok rasanya.
sekarang ni, agak kelesuan. minda agak kosong. bersedia untuk hari esok. agenda untuk hari esok pula, bersedia untuk paper Company Acc. pula untuk hari esoknya. berapa banyak hari esok da.........

Thursday, February 19, 2009

tokwan turun kL arini..

uuuuuu..
tak puasnye online arini jap je.
bergegas2 nak jumpe tokwan kat hotel KLIH.
nak bawak lappy, tapi cam berat je. gi sorang lak tu, kang kalo jadi pape, tatau nak selamat kan diri atau laptop dulu! kekekeke.
kali ni, tok turun sebab org yg sewa rumah mak @Keramat tu dah nak keluar. jadi, tokwan nak tengok la macamane keadaan rumah tu sekarang.
uuu. tak sabar n excited sebab tok bawak antara makanan kegemaran blu, secret recipe udang masak sambal kari. hehe. lame dah blaja nak masak ni, tapi, tok kata, kalau dah pandai masak ni, nanti dah tak rindu kat tok dah..thee.. ye ke boleh jadi mcm tu? :P
ah! tak sabarnya! stop dulu..................

Wednesday, February 18, 2009

aaa..

aaaaaaaaa..
lamenye tak menulis.. sampai terasa berat nak menulis semula.. jadi kali ni, blu cerita la apa yg terjadi pada blu sepanjang minggu nie..
yang pastinye, tengah2 semester ni, memang penuh dgn assignment dan mid-sem exam. sekarang, nasib baik 2 kertas setiap hujung minggu. 2 dah lepas, 4 lagi menunggu..
di celah-celah kesibukan ber'exam :P sempat lagi abg blu bawak berjalan-jalan, meregangkan urat2 kepala ni... takla jauh, Alpha Angle je. memang tak shopping ape pun. window shopping je. sebab tak ramai orang, jeng jeng jeng..





first time try cute fish spa nie.. hehe rm5 untuk 10 minit. kebetulan, memang kolam tu tgh kosong. apa lagi, ikan2 tu semua, dah nampak mcm piranha dah!! menakutkan betul. bile blu dah nampak ikan2 tu kerumun kaki abg macam tu, memang blu gerun jugak nak masuk. tapi nye, abg first time CUBIT2 paha blu, ( kekekek, memang terkejut tau!) terpaksa la jugak..........
huhu. minit pertama masuk, memang terasa nak melompat keluar balik. gelinye mak oiii!!! tapi bile fikir nanti rugi la pulak kan..terpaksa la tahan. memang menggeletik2 la jugak blu mcm ikan di hujung~nyawa2 ikan. kuikuikui. memang merah padam muka.. betul2 nasib baik tak ramai orang depan FOS tu, kalau tak, memang la jadi mangsa gelak je kan..
rasanye digigit ikan ni, macam dicuit2 bende2 yg kecik yg byk2 byk2 byk2.. uuuuuu.
tapi ikan ni takde gigi pon sebenarnye. tatau la macamane kan. tanye gak kakak tu, ape name ikan ni, die jawap ikan taiwan. adess. /me tepuk dahi!
kate abg, die terasa la jgk perubahan sket2, lebih pada peredaran darah la..

ok, lepas tu, singgah ke mana pulak ye?
tak ingat la.. iskk..
tapi yg pastinya, tibe2 ternampak kedai haiwan peliharaan ni dan teringat plak kat post pj selamba, psl kucing yg gebu2 tu, so blu pon pergi la survey2....




olololo.. comelnye die guling2 depan blu plak...
memang ade la rase terpikat sket2, tapinye, hehe..
tunggu la dah ade duit sendiri dulu. sekarang nie, duit makan sendiri pon poww abang lagi kan, ini kan pulak nak bagi makan kucing. theee :p


pastu, terselit-selit di celah kesibukan jugak, sempat keluar makan dgn awek yg memang suka makan nie >> ayg ain ku..
hehe. kali ni dia ajak makan char kuey tiow best! yg paling best yg kitorg jumpe kat gombak nie, dekat2 jgk dgn giant gombak, tepi pasaraya yu vin. tgk la awek ni, muka ayu dan berpuas hati dpt pujuk blu teman dia makan!! :P

yg kelakarnya, punyelah sedap nye die makan, sampai lepas tu tak perasan ade tangga kecik. nasib baik la blu sempat sambut. hehe.. kalo tak, tak tau la kan.. memang tergelak2 la org tgh lepak keliling tu. sementara nak gi kete yg park kat tepi jalan, puas la die control cun, buat mcm takde pape jadi,
dan, bile sampai kete, ha.... gegar2 kete kitorang pecah gelak. kuikuikuikui.

di tengah-tengah kegembiraan, dan kesibukan menjalani kehidupan,
blu diuji dgn selsema... selsema je pon, tapi terasa mencabar sgt. paling lame kot dlm hidup ni, dekat seminggu lebih dah tak baik2. mungkin la sbb cuaca, kejap panas, kejap ujan, kejap duk bwh matahari, kejap masuk kls yg b'aircond tu..

di samping tu,
blu ingin jugak menyelitkan sedikit berita sedih dari teman blog, tun teja yg baru kehilangan insan2 tersayang. takziah diucapkan.. semoga menjadi semakin tabah dalam arus kehidupan usia remaja nie.. Al-Fatihah..