Saturday, February 21, 2009

21.2.09

harini ade exam DS.
pagi tadi, agak kelam-kabut sbb teksi yang janji2 kelmarin tak sampai pada masa yg dijanjikan. nasib baik ada satu teksi yg datang awal, sebab orang lain booking. memang sgt laju la pemandu teksi tersebut. bersyukur jugak sebab traffic berjalan lancar. alhamdulillah, sampai jugak bilik sebelum pukul 8.
semalaman dgn tok, wan, long dan pak... tak banyak yg dibualkan. kebanyakannya, masih lagi berkisar tentang cerita arwah mak yg tak pernah lapuk... tentang ayah, tentang adik. oh. adik yg seorang tu tak tidur sekali-alasannya, ada kelas. kelas pukul 1. memang terbaik, kan?
kesihatan masing2, alhamdulillah, tidak begitu berubah, kecuali wan yang sudah bertongkat sekarang. kesan dari kejadian tahun 1997, yg tak akan dilupakan dalam keluarga...
satu lagi perkara yg acapkali diutarakan-fizikalku yg semakin 'mengembang'. hmm. siapala yg tak kecil hati. apakan daya mereka tak faham. bukan kehendakku bersaiz begini.
panjang pulak blu bercerita pasal semalam, ya..

Paper midterm Decision Science sepatutnya mula pukul 10, tapi, teranjak sehingga pukul 10.30. bolehlah dijawab, cuma betul atau salahnya, hehe, tengoklah keputusannya nanti..yg peliknya, blu agak tenang. ketenangan yg mengasyikkan. pelik, sungguh pelik, sebab subjek mengira bukanlah subjek pilihan blu.
keluar dewan hampir pukul satu. berlegar-legar di kawasan tangga besar, mencari-cari teman utk 'berpeleseran' :P kesudahannya, yg dicari tak dapat, tapi ain yg sgt sibuk dgn assignment pulak yg ajak blu keluar.huhu.
menuju ke the curve, lebih kurang pukul 2, pertama kali berdua.. tanpa ada plan, tapi pertama sekali, perut yg berbunyi minta2 diisi. oleh sebab ain pilot yg amat arif pasal the curve ni, blu jadi seperti lembu yg dicucuk hidung, mengikut saja ke mana yg ain bawa. tempat yg pertama, mencari karipap, hot dog dan meatball di ikea! boleh tahan.. sebenarnye, sudah beberapa kali ain hebohkan pada blu sedapnya ketiga-tiga hidangan sebelum ni. jadi, bolehla blu katakan berpuas hati- ada blu tangkapkan gambarnya, tapi kabel handphone tertinggal pula di rumah. iskk..
selepas itu, window shopping! blu berangan ingin cuba2 ber'make up. tapi, aduh, ingin cantik pun perlu berbelanja besar.. tak jadi lagi... apa yg blu tengok2 tadi, maskara dan blusher. nantilah, bukan keperluan lagi-pujuk hatiku........
hayunan langkah kaki diteruskan lagi. tiba-tiba sahaja ( tiba2 ke? :P ) sudah berada dalam kawasan Cathay Cineplex.
ain- Upin Ipin, 3 hari tayangan sudah 2.3juta kutipannya! nak tengoklah!!
blu- tak kisah... :)
wayang 5.30 dah penuh! merah-sold out!
tapi ain cubakan juga, mencuba nasib. seperti tak percaya ya, full house utk cerita animasi Melayu.huuu.. ada juga tempat duduk, bagus juga tempatnya, tapi terpaksa pula duduk asing2. kerana mengejarkan kesempatan waktu Maghrib, jadi, kami redahkan saja menonton bersama tapi tempat duduk berbeza. lucu sungguh!
Animasi Upin dan Ipin, tidak sekalipun pernah blu tonton di TV9. Tapi, blu agak tertarik dgn iklan2 movie'nya. kesimpulannya, terasa berbaloi juga tiket rm10! janganlah dibandingkan dengan keluaran Disney, Dreamworks, Pixar dan sebagainya, tapi, bolehlah dibanggakan sebagai satu permulaan.
Hampir pukul 9 lebih baru kami bergerak meninggalkan the Curve. seperti tak percaya dah menghabiskan banyak masa di situ, tapi masih rasa tak puas! dalam perjalanan balik, ain menyeru blu utk berdiet, tak makan malam. lalu tertutuplah nafsu makan blu malam ni, tapi tiba-tiba ain melencong pula ke kubur sebab terasa nak makan kueytiow kungfu sedap. aduhh..terkeliru sungguh mindaku......
di kubur, nasi goreng daging lada hitam dan jus jambu menjadi pilihan blu. bolehlah.. tapi tak cukup berpadanan la dgn harganya.. sempat la jugak menonton perlawanan Aston Villa yg tumpas pada Chelsea. Man U bertemu Blackburn kalau tak silap blu, pukul 1.30 ni. tak mampulah nak tengok rasanya.
sekarang ni, agak kelesuan. minda agak kosong. bersedia untuk hari esok. agenda untuk hari esok pula, bersedia untuk paper Company Acc. pula untuk hari esoknya. berapa banyak hari esok da.........

No comments:

Post a Comment