Saturday, January 31, 2009

ahh.. hari yg santai..

Hari Ahad, hari istirehat terunggul. kihkihkih..
Bangun dengan penuh ketenangan selepas menyaksikan kemenangan 1-0 Man U ke atas Everton walaupun corak permainan tidaklah boleh dikatakan memberangsangkan. Tahniah pada Van Der Sar kerana telah berjaya mengekalkan rekod beliau!
Sekarang, baru lepas makan tengahari sambil menonton perlawanan akhir tenis regu campuran yang dimenangi oleh Sania Mirza dan Bupathi. Ketara, bentuk tubuh badan yang agak kecil bukan penghalang untuk Sania Mirza mengungguli sukan tenis. Maka, terlintas di fikiran blu, apa lagi alasan untuk tenis tidak mampu dikembangkan di Malaysia dan terus menuju persada dunia. Sukan yang bertaraf dunia ini cukup lumayan apatah lagi hadiah yang diberikan bernilai jutaan ringgit. Sayangnya... Atlet Thailand juga sekurang-kurangnya pernah menduduki Top 20. Kalau nak cakap perihal sukan di Malaysia, sehari belum tentu cukup!
Oh, hari ini, blu masak tomyam campur, sambal tumis ayam dan ikan masin. Sekarang, nak berehat bermalas-malasan sambil menonton the rush hour 3. Sudah blu tonton cerita ini pada awal keluarannya, tapi hari ini, terasa ingin mengulang lagi apabila astro bakal menayangkannya di HBO. hehe....

Man U vs Everton

Sekarang, sedang menyiapkan diri untuk menyaksikan perlawanan Manchester menentang Everton. Dengan berbekal satu perlawanan kurang dari pasukan lain, Man U masih berjaya mendahului liga. Malam ini bakal menyaksikan kemampuan penjaga gol Edwin Van Der Sar untuk mengekalkan rekod kekal tanpa bolos lebih dari 1032 minit, dan beliau perlu bertahan 72 minit pertama sebelum memecahkan rekod berusia 30 tahun!!
Banyak sebab kenapa blu minat Man U, yang akan blu huraikan nanti, sebab perlawanan hampir bermula :) yang pasti, blu tidak mengikut 'herd mentality', yang mengikut semata-mata..
Blog ini, masih dalam pembinaan, masih kurang sempurna. Terima kasih pada yang sudi memberi tunjuk ajar, dan sudi menjenguk :)
Ahha, pucuk dicita, ulam mendatang. Sedang blu mengemas kotak-kotak barang-barang lama, terjumpalah akhirnya cable handphone.. Maka, boleh lah blu berkongsi gambar yang selama ni hanya terperap saja dalam handphone. Macam kebetulan pula dengan adanya blog nie... hehe..
Ohh!! tak sabarnya nak tengok Man U beraksi!! sambung lagi nanti2.. :P

Yahudi nie..

Hari ni, buat kesekian kalinya, blu dan abang ke Jaya Jusco baru kat AU2. Setiap minggu, hampir dua kali blu ke JJ baru nie, atas banyak sebab. Antaranya, blu rase sangat lapang dan luas, selesa dengan konsepnya yang ala2 dalam taman, mungkin baru jadi tak berapa ramai orang, dan juga beberapa kenangan.. Kenangan latihan memanah di kompleks Majlis Sukan Negara di seberang jalan dan juga kenangan membesar di Menara Seri Jati. Macam pernah dengar? hehe.. Kalau peminat AF 6 yang peka mesti perasan, sebab, keluarga Nadia tinggal kat situ..

Aduh, melalut jauh pulak blu nie..
Ya, kali ni blu memilih untuk makan tengahari di Izzi. Sedang asyik mengadap apple strudel, tiba-tiba blu teringat artikel yang blu bace di http://www.thnfm.net/v1/forum/index.php?showtopic=2186
dan terus berkongsi isi-isi penting pasal yahudi dengan abang.
Setelah berbincang-bincang dan meluahkan ketidakpuasan hati tentang OIC yang hanya "oh, I see..", maka terkeluarlah sesuatu analogi dari abang yang terkesan di hati blu..
" Nabi pernah kate, orang Kristian itu kuat agamanya, dan orang Yahudi itu, kuat berperang.
Jadi, kita fikir ya, orang Kristian, rajin ke gereja, dan taksub mengikut agama, maka kitab Injil itu mereka ubah-ubahkan mengikut kesenangan mereka yang menganut.
Orang Yahudi pula, kita bayangkan orang yang berperang. Jika ada yang tertembak, berapa peratus anda yakin yang mereka akan menolong memapah rakan tersebut? Ya, inilah yang terjadi di dalam masyarakat Yahudi sekarang, mereka tidak bijak, genius dan sebagainya, tapi, mereka ada semangat tolong-menolong antara mereka yang sangat kuat, sangat-sangat kuat".
Terangguk-angguklah blu di situ, memikirkan masa depan diri, keluarga, bangsa, negara, dan umat Islam, yang semakin diper'budak-budak'kan oleh mereka yang bergelar YAHUDI......

Friday, January 30, 2009

7 perkara tentang... BLUESSIE_7

1. First portal yang blu sertai adalah thnfm.net/
Tujuan utama, nak cari ramai kawan,
bukan kawan sama2 senang je, kawan sama2 susah pun harapnya dapat jumpa sekali. kita dah berkawan, biar sampai mati.. blu jenis yang sanggup melakukan yang terdaya untuk kawan. moga2 taklah dapat kawan yang makan kawan.

2. blu suka masak dan suka makan! 4.gif
masak, tidaklah handal, tapi, boleh masuk mulut (tak keluar balik) la kiranya.. 21.gif
suka mencuba macam2 jenis makanan dalam dunia ni.
kalau nk meraikan sesuatu yang sangat2 istimewa, blu akan ke Shogun, Japanese buffet restaurant di One Utama.

3. blu suke no 7 !
Sebab terutama adalah, tarikh lahir tujuh haribulan Oktober,
juga, pada pukul 7.10 pagi.
Nombor yang unik. Nanti blu akan huraikan lagi keistimewaan nombor tujuh ni.

4. blu sangat minat SUKAN.
setakat ni, pernah mewakili sesuatu dalam,
memanah, bola tampar, hoki, bola baling, bola jaring, lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing.
tapi sekarang ni sedang mencuba sukan mendayung, futsal dan bowling.
malangnya, kesempatan tu tak macam waktu sekolah dulu2..

5. blu suka mencabar diri sendiri.
tapi masalahnya, cepat mengalah..masalah betul..
yang terbaru cabaran yg blu sahut adalah, menjadi dj radio thnfm.net,
dengan bantuan pokcik aka uncle^dean, alhamdulillah, boleh dikatakan agak berpuas hati juga..
kelemahan blu lagi, jangan dipuji. memang betul2 makan diri... sangat bahaya..

6. blu sangat takut menjaga hati orang.
risau dan tidak mahir berdiplomasi sebaik2nye.
hati dan perasaan orang ni, terlalu.... terlalu apa ye?
yang pastinya, blu seboleh mungkin tak nak orang terasa dengan blu..
tapi juga, blu tak suka orang marah2. sbb blu rase, kalau kita dah buat yang terbaik- kenapa perlu marah? banyak lagi cara kita nak selesaikan sesuatu, dari marah2. blu ngeri kalau orang mula 'lost temper', mengamuk, guna bahasa tak sepatutnya...
oh, pengalaman yang tragis!

7. blu sangat sayang pada handphone blu!
tak mampu berpisah dari handphone walau sekejap.. fungsi normal, panggilan-org tersayang, sms- kawan2, dengar lagu-hobi paling santai, kamera- utk simpan kenangan yg tak terucap, games-di kala kebosanan, kalendar-dah jadi mcm diary, alarm clock- hehe, penanda masa di mana sahaja..

Platform cetusan idea...

Firstly, I can't really imagine myself 'blogging'. This is my first attempt, and I hope I can maintain this as my friend said this is the best way to keep your diary save. The idea to have an open diary sound weird for me, as I'm quite a low profile person, but I believe, everyone has something interesting to be shared!