Friday, January 30, 2009

7 perkara tentang... BLUESSIE_7

1. First portal yang blu sertai adalah thnfm.net/
Tujuan utama, nak cari ramai kawan,
bukan kawan sama2 senang je, kawan sama2 susah pun harapnya dapat jumpa sekali. kita dah berkawan, biar sampai mati.. blu jenis yang sanggup melakukan yang terdaya untuk kawan. moga2 taklah dapat kawan yang makan kawan.

2. blu suka masak dan suka makan! 4.gif
masak, tidaklah handal, tapi, boleh masuk mulut (tak keluar balik) la kiranya.. 21.gif
suka mencuba macam2 jenis makanan dalam dunia ni.
kalau nk meraikan sesuatu yang sangat2 istimewa, blu akan ke Shogun, Japanese buffet restaurant di One Utama.

3. blu suke no 7 !
Sebab terutama adalah, tarikh lahir tujuh haribulan Oktober,
juga, pada pukul 7.10 pagi.
Nombor yang unik. Nanti blu akan huraikan lagi keistimewaan nombor tujuh ni.

4. blu sangat minat SUKAN.
setakat ni, pernah mewakili sesuatu dalam,
memanah, bola tampar, hoki, bola baling, bola jaring, lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing.
tapi sekarang ni sedang mencuba sukan mendayung, futsal dan bowling.
malangnya, kesempatan tu tak macam waktu sekolah dulu2..

5. blu suka mencabar diri sendiri.
tapi masalahnya, cepat mengalah..masalah betul..
yang terbaru cabaran yg blu sahut adalah, menjadi dj radio thnfm.net,
dengan bantuan pokcik aka uncle^dean, alhamdulillah, boleh dikatakan agak berpuas hati juga..
kelemahan blu lagi, jangan dipuji. memang betul2 makan diri... sangat bahaya..

6. blu sangat takut menjaga hati orang.
risau dan tidak mahir berdiplomasi sebaik2nye.
hati dan perasaan orang ni, terlalu.... terlalu apa ye?
yang pastinya, blu seboleh mungkin tak nak orang terasa dengan blu..
tapi juga, blu tak suka orang marah2. sbb blu rase, kalau kita dah buat yang terbaik- kenapa perlu marah? banyak lagi cara kita nak selesaikan sesuatu, dari marah2. blu ngeri kalau orang mula 'lost temper', mengamuk, guna bahasa tak sepatutnya...
oh, pengalaman yang tragis!

7. blu sangat sayang pada handphone blu!
tak mampu berpisah dari handphone walau sekejap.. fungsi normal, panggilan-org tersayang, sms- kawan2, dengar lagu-hobi paling santai, kamera- utk simpan kenangan yg tak terucap, games-di kala kebosanan, kalendar-dah jadi mcm diary, alarm clock- hehe, penanda masa di mana sahaja..

2 comments: