Sunday, February 1, 2009

2.2.09

Menu tengahari ini, nasi, sambal tumis ayam, dan masak lemak pucuk ubi. Rosak diet! Gara-gara kerana ramainya orang di cafe walaupun baru pukul 11.30 pagi! Tak larat lah nak beratur, berasak2 memilih dan membayar, maka blu ambil saja mana yang tercapai..hmm..

Semalam, agak tersentap dengan tewasnya Federer di tangan Nadal di kala beliau di ambang pencapaian rekod menyamai lagenda dunia, Pete Sampras. Terbayang kesedihannya yang terzahir dari tangisan di hujung perlawanan..

Juga, semalam menyaksikan tewasnya Chelsea 2-0 di gelanggang lawan, Liverpool dengan bolosan gol pada minit-minit terakhir. Nyata Liverpool memberi tentangan hebat biarpun sebelum Lampard dilayangkan kad kuning yang blu rasakan tidaklah begitu patut. Gol pada minit ke -89 dan 94 ( 5min masa tambahan) adalah daripada Torres- gol pertama beliau dalam tempoh 8 bulan, hasil bantuan Benayoun yang dimasukkan di saat-saat akhir. Di hujung permainan, blu terkejut dengan tunjalan Bosingwa (ke atas badan siapa ya, tak ingat pula! itu pun kerana pemain tersebut menghadang bola untuk melambat-lambatkan permainan), dan juga Torres yang diganti keluar dengan Ngog, yang sempat mencecah padang sahaja dan permainan terus ditamatkan. Ngogggg? :P

Setiap pasukan, mesti ada satu 'bad boy' yang blu perasan. Kalau Chelsea, blu akan pilih Drogba, kerana dia kememe ( curr-may-may :)) ) kata orang Pahang. Liverpool pula, setentunya Mascherano, Fellaini untuk Everton, dan, mungkin Rooney atau Ronaldo untuk Man U. Rooney anak seorang peninju memang terkenal dengan sifat barannya, manakala Ronaldo sering memanipulasikan kebolehannya mengawal bola dan 'merebahkan' diri.

Ahh.. banyak sungguh masa blu semalam dihabiskan di depan tv. Hari istirehat lah katakan.. Tapi semalam blu tak jadi menonton Rush Hour 3, tetapi memilih The Man, lakonan Samuel L. Jackson. Mengapa ya, kebanyakan hero-hero barat menghadapi masalah keluarga, bercerai dan sebagainya, tapi sangat sayang pada anak-anak mereka.. Apa yang cuba ditonjolkan sebenarnya? Satu yang menjadi ingatan blu dalam cerita ini, hero yang suka mencarut, tapi diajar oleh watak pembantu, satu trick- FUCK crying out loud, yang jika disebut secara pantas, menjadi for crying out loud :P

No comments:

Post a Comment