Hari Ahad, hari istirehat terunggul. kihkihkih..
Bangun dengan penuh ketenangan selepas menyaksikan kemenangan 1-0 Man U ke atas Everton walaupun corak permainan tidaklah boleh dikatakan memberangsangkan. Tahniah pada Van Der Sar kerana telah berjaya mengekalkan rekod beliau!
Sekarang, baru lepas makan tengahari sambil menonton perlawanan akhir tenis regu campuran yang dimenangi oleh Sania Mirza dan Bupathi. Ketara, bentuk tubuh badan yang agak kecil bukan penghalang untuk Sania Mirza mengungguli sukan tenis. Maka, terlintas di fikiran blu, apa lagi alasan untuk tenis tidak mampu dikembangkan di Malaysia dan terus menuju persada dunia. Sukan yang bertaraf dunia ini cukup lumayan apatah lagi hadiah yang diberikan bernilai jutaan ringgit. Sayangnya... Atlet Thailand juga sekurang-kurangnya pernah menduduki Top 20. Kalau nak cakap perihal sukan di Malaysia, sehari belum tentu cukup!
Oh, hari ini, blu masak tomyam campur, sambal tumis ayam dan ikan masin. Sekarang, nak berehat bermalas-malasan sambil menonton the rush hour 3. Sudah blu tonton cerita ini pada awal keluarannya, tapi hari ini, terasa ingin mengulang lagi apabila astro bakal menayangkannya di HBO. hehe....
Saturday, January 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

tenis?
ReplyDeleteaustralian open ke?
a'ah. ade champoinship lain ke skrg ni? :P
ReplyDeletenak tgk federer lwn nadal plak jap gi.
cancel sume plan lain nak kua arini. huhuhu